Tuesday 1 July 2014

Episode : Kembali

Telefon di sudut bilik berbunyi lagu Timber nyanyian penyanyi dari barat, Aivan bergegas berlari mencapai genggang, 
"Hello, Assalamualaikum" , jawab beliau.
"Walaikumsalam, Iwan, apa khabar??? " , 
" Oh, mum... Alhadulilah baik ja mum, mum sama dad apa khabar? ok juga? " , 
" baik juga, jgn la ko risau, na ada duit juga lagi? ka di kirimkan lagi kau? " , 
" Ishh, tak payah.. ada lagi nie.. " jawab humble Aivan kepada Mak beliau... 
Perbualan seorang anak dan ibu yang lagaknya seperti sudah lama tidak bertemu yang realitinya baru sebulan berpisah selepas cuti semester tempoh hari.

Aivan kini berkampong di Kepong Kuala Lumpur kerana beliau menjalani praktikum di FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ) selama 2 bulan. Beliau bersama 3 teman seperjuangan universiti beliau dan roomate beliau di rumah sewaan meraka di Taman Daya. Faiz , Amat , Donny dan Aivan antara pelajar lelaki Universiti yang berjaya berpraktikum di FRIM ini. Mereka tinggal dalam bilik sewaan mereka yang cukup cukup memuatkan mereka berempat. 

Kini bulan penuh barakah kunjung tiba, Alhamdulilah di beri kesempatan dan ini merupakan satu lagi cabaran mereka untuk atasi sebelum mereka tamat pengajian ini dalam tempoh sebulan lagi. Hari isnin, hari mulanya seorang hamba akedemik memulakan minggu ke 4 praktikum mereka dengan kedaan yang berpuasa. 
"Woi korang, bangun laaa.!!!! 10 minit lagi imsak datang nie" kejut Aivan lantangnya. 
"FAIZ, AMAT, DONNY...!! Kamurang x nak makan ker?, Aku makan burger dulu la"
 Jelas Aivan tanpa hiraukan teman sebilik beliau. Aivan merakus makanan dan menghadam Burger Daging yang beliau bungkus malam tadi dengan begitu pantas dek kerana takut melanggar Imsak. Tiba-tiba, Amat meracau secara ganas ........

Bersambung : 

No comments:

Post a Comment