Sunday 6 July 2014

Episode 3 : Sukarelawan Hati

"Saya nak sorang2 kenalkan diri anda dengan cikgu" arah Cikgu Seha kepada penghuni kelas pra-u Mawar hari itu. Seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada Cikgu Seha, guru kelas Pras-U Mawar tahun ini. Akhirnya, tiba giliran murid yang comel dengan personaliti beliau memulakan perkenalan diri di hadapan kelas. " Nama Saya Nurul Adilee binti Sulaiman, boleh panggil saya Lee atau LeeLee " . Seluruh kelas menumpukan sepenuh perhatian kepada sesi kenalan diri oleh pelajar yang comel dan simple itu. Adilee di kenali di sekolahnya sebagai seorang yang baik , peramah dan suka membantu kawan. Beliau juga seorang yang giat aktif dalam aktiviti sekolah mahupun aktiviti diluar sekolah. Pelajar pintar itu menjadi tarikan hero hero di sekolahnya sehinggakan beliau di katakan perempuan bajet kerana tidak melayan karenah karenah budak-budak lelaki di sekolahnya. "KRINGGGGGG..!!!!!" , "Baikla, sampai sini sahaja kelas kita hari nie, mulai esok kita akan start belajar sejarah dunia. So malam nie semua baca bab 1 . Esok saya akan Q&A mengenai bab ni.Kelas bersurai"

Hari pertama perekolahan sudah usai untuk hari ini setelah sebulan duduk di rumah selepas Lee menjalani latihan PLKN. Lee mengemas barang-barang persekolahan untuk di sumbat masuk kedalam beg beliau. Lee berseorangan di dalam kelas ketika itu, dan datanglah seorang budak lelaki jalan mendekati Lee. "Assalamualaikum awak" sapa beliau. "Walaikumsalam, ya ada apa?" Jawab Lee endah tak endah. "Maafkan saya awak", Perlahan tangan Lee di pegang halus oleh lelaki itu. Pantas di tarik balik oleh Lee "Hey! kau da kenapa nie.. apa pegang2 tangan orang ni, tak malu ker? BTW, saya da tak kenal awak sapa, dan tolong jauhikan diri dari saya. Lelaki jahanam!" bentak Lee kepada lelaki berbadan lampai itu."Saya ikhlas awak, tolong maafkan saya. Saya masih sayangkan awak" rayu lelaki tersebut. "FYI saudara Razman, I have replacement, so get out from my life shit..!!!!!" marah Lee dan terus meninggalkan lelaki itu sendiri meratap diri beliau di situ.

Lee menuggu untuk di jemput oleh ayah beliau di hadapan pintu pagar sekolah beliau. Dalam keadaan yang masih membara yang sangat kepada lelaki yang bernama Razman itu, Lee cuba untuk menenangkan diri di hadapan rakan-rakan beliau yang lain. Hampir sahaja Lee mengeluarkan air mata beliau mengenangkan kisah cinta antara dia dan Razman 2 tahun lepas yang menyakitkan hati itu. Bunyi hon kereta BMW itu menghentikan imbauan Lee mengenai kisah itu, beliau menaiki kereta tersebut dan menuju pulang ke rumah.

"Mana LeeLee nie, tak mesej dari pagi lagi ni. sekarang da jam 1 petang. Takkan tak balik sekolah lagi kot.. Sibuk kot " Bisik Zaff pada diri beliau sendiri. Hari nie Zaff memalaskan diri beliau di dalam bilik, tidak turun ke dewan untuk jalankan tugas beliau. Bangun pun bila matahari terpacak di kepala. Beliau scroll telefon pintar beliau, membuka semua aplikasi yang dia ada dalam telefon beliau.Zaff membuka aplikasi mudah Mark Zuckerberg dan mencari profil bernama LeeLee Sulaiman di senarai rakan beliau. Siri penyiasatan kedua Zaff terhadap LeeLee di teruskan. Hampir 30 minit tersenyum dalam membuka profil Lee, tiba-tiba ada satu gambar yang merosakkan mood beliau masa itu.

"Till Jannah and will be forever - with Razman Mustapha "



No comments:

Post a Comment