Friday 4 July 2014

Episode 1 : Sukarelawan Hati

"macam cute saja org like status aku nie" Zaff cuba mencerna apa yang beliau nampak hadapan beliau sekarang ini. "Macam kenal jak budak nie, alahai... Cute nye pula.. K Stalk!!!!!!" . Satu persatu gambar budak tu dia like seperti gayanya seperti penyiasat sendirian.

Tengah hari, cuaca yang amat perit. Komitmen pelajar semester akhir yang terlibat dalam orentasi pelajar ambilan baru ada satu yang amat janggal dan merasa cukup tua bagi Zaff. Zaff pelajar semester akhir UiTM Sri Iskandar, pelajar yang giat dalam aktiviti universiti dan cukup di kenali sebagai yang comel dan montel di universitinya. Badan di lemparkan ke katil, mujur kukuh katil tersebut menampung berat badan Zaff. Henpon pintar mula di buka, deringan satu persatu masuk membuat naluri Zaff dicabar keterujaan. "Aik, budak tu kasi like-like pula gambar insta aku. Spammers!!! hahaha ", lagu Andainya kau milikku kedengaran di mainkan oleh kejiranan sebelah, lantas Zaff berharap jauh di sudut hati.

"LeeLee sent a friend request to you, tap for approve"
Notification sosial hijau berbunyi di telefon canggih Zaff. Tatkala sibuk menjalankan tugas dalam masa yang sama beliau sempat untuk melihat deringan telefon beliau. "Zaff, datang sini jap. Tolong angkut meja letak tepi sana eh" Arahan pengarah program, maklumlah Zaff tu memegang portfolio sebagai Teknikal dalam program orentasi pelajar kali ini. Permintaan rakan itu beliau abaikan dan kembali menjalankan tugas beliau.

Waktu senja kunjung tiba untuk hari nie, semua para ahli jawatan pelaksana program sudah boleh pulang ke rumah masing masing untuk mempersiapkan diri dan berehat untuk datang kembali ke dewan untuk program malam nanti. Sejurus sampai ke bilik, Zaff membalingkan diri ke katil. Empuknya tidak terkata , kipas angin membelai diri Zaff ketika itu seperti merasa boleh terbang keawangan, Mata sudah layu menandakan ingin di tutup dan berehat sepuasnya. Deringan telefon kawan sebilik beliau membuatkan Zaff membulatkan mata kembali, Ya ada satu urusan lagi yang Zaff perlu selesaikan. Telefon Samsung Note 3 d capai, dibukanya laman sembang hijau dan terus membuka "friend request". Nama tertera dan itu cukup mengukir senyuman nyaman dari bibir Zaff. "Main add2 pulak si comel nie" ... sentuhnya skrin dan "APPROVED, You May Start The Conversation"







No comments:

Post a Comment