Saturday 5 July 2014

Episode 2 : Sukarelawan Hati

Selesai sudah kerja untuk hari ini, Zaff pulang ke biliknya seperti biasanya petang itu. Terus menerus dia periksa telefon pintar beliau, kot kot LeeLee ada chat dia. Dia bukanya jaringan data, dan beberapa notification masuk ke telefon beliau. 3 daripadanya iailah mesej dari insan yang di tunggunya, "LeeLee sent you 3 message"

Kisah semalam, ya semalam bermulanya mereka berdua bersembang maya antara satu sama lain di laman sembang hijau. LeeLee memberanikan diri untuk menambah Zaff sebagai rakannya di laman sembang itu. Beberapa hari yang lepas,terdetik hati LeeLee memerhatikan gelagat akaun bernama Zaff Zharul itu yang suka sangat memberi komen gambar beliau. Ada beberapa kali notification beliau di serang oleh Zaff dengan beberapa "LIKE' gambar dan status beliau. Itu membuatkan perasaan LeeLee membuak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zaff, dan beliau memulakan siri penyiasatan beliau terhadap Zaff Zharul. Semalaman LeeLee menghabiskan masa di hadapan telefon pintar beliau mencari tahu siapakah Zaff Zharul yang sering membuat fikiran beliau tidak keruan sejak kebalakangan ini. Beliau membuka laman sesawang biru, kemudian cuba melihat gambar-gambar di instagram dan akaun twitter Zaff Zharul. Akhirnya, satu status bergambar yang membuatkan senyuman LeeLee terukir hingga ke telinga, "You have added Zaff Zharul in your account and waiting for approval" , "Semoga dia terima aku" bisik naluri LeeLee.

Usai membersihkan diri, Zaff terus sahaja memgambil tempat di atas katil beliau. Itu adalah rutin harian beliau jika berada dalam bilik dan apalagi bila diri dalam keadaan penat begitu. Memulakan masa rehat beliau dengan membuka telefon pintar beliau. Ya, satu mesej masuk dan mereka memulakan sembang kosong yang bermakna bagi mereka berdua.

LeeLie : Helo awak.
ZAFF : Ye awak, hihi
LeeLie : Penat eh? senior katakan.
ZAFF : haha, biasa laaa.. berkhidmat untuk universiti sendiri.. Da makan belom? 
LeeLie : Da lepas da. Sedap je aku melantak nasi ayam petai. Fuhh
ZAFF : wah, untunglakan...
.......

Perbualan mereka sungguh mesra yang dapat dirasai oleh diri mereka sendiri. Satu yang tidak pasti untuk diungkapkan. Sembang mereka terhenti sebentar kerena jam menunjukkan Zaff kena bergerak ke dewan untuk menyelesaikan tugas beliau malam itu.

ZAFF : Nanti aku chat kau balik k. Kena ke dewan lagi nie.. maklumla, kanak2 kena urus sikit.. hahaha
LeeLie : yerla2.. hati k ... :*


Smiley itu membuatkan hati Zaff tersenyum riang, "Aduh!!! bukan main lagi budak nie.. " Bisik Zaff pada dirinya sendiri.Sementara itu, LeeLee yang tersipu malu dengan kelakuannya sendiri merasa sedikit cemas dan pada masa yang sama gembira bertatih di hati beliau . "alahai, tertekan pula smiley tu. hish" . Masing-masing mempunyai persepsi tersendiri dan yang pasti persepsi itu membuatkan dua insan ini bahagia dan gembira walaupon baru kenal seminggu.

No comments:

Post a Comment