Thursday, 17 July 2014

Episode 5 : Sukarelawan Hati

"Assalamualaikum awak, kenapa awak senyap jer nie.. kalau saya ada salah saya minta maaf awak.."

Lee sekali lagi menhantar mesej kepada Zaff. Hari ni masuk hari ketiga Lee tidak mendapat balasan mesej di laman chat WeChat yang kini menjadi trending di seluruh dunia. Lee baru sahaja pulang dari sekolahnya. Sesi pembelajaran sudah di mula. Kehidupan sebagai pelajar sepenuh masa suda kunjung tiba. Lee tidak mahu perkara berulang semasa peperiksaan SPM yang menjadi mimpi ngeri beliau. Dia mendapat keputusan kurang memuaskan hati sehinggakan beliau tidak layak untuk menyambung pelajarannya ke matrikulasi atau level A atau sama maksud dengannya. Para guru dan rakan yang bermulut busuk mulalah berkata, kejatuhan Lee dalam SPM disebabkan terlalu sibuk dalam percintaan, yala. Semasa itu, kehangatan cinta Razman terhadapnya masih mekar dan kemekaran itu rupanya mimpi ngeri buat Lee. Lee menarik nafas sedalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan. Satu notification mengejutkan Lee dari fikirannya.

Zaff hanya memalaskan diri di atas katil, bergolek sana bergolek sini. Memang itu hobi Zaff masa itu sebelum seminggu lagi kuliah beliau bermula. Dia bangun dengan tulang yang berat, mengambil laptop acer buruk beliau dan mula melayari internet. Hari ni cukup bosan buat Zaff sehinggakan seperti tiada daya untuknya bergerak mahupun keluar. Waktu untuk makan tengah hari sudah pun berlalu. Zaff membiarkan perutnya bulat itu kelaparan seketika. Sedang teliti dalam melayari internet, satu notification masuk memanggil untuk di buka. Zaff mencapai telefon pintar beliau. Satu mesej dari insan yang mula dia rindui. Sudah tiga hari dia tidak berhubung dengan perempuan tersebut. Jujur Zaff katakan, dia rindu dengan Lee walaupun mereka hanya berhubung secara maya. Zaff menarik nafas sedalamnya dan menghembus...

"Walaikumsalam awak. Awak xda salah lah.. Nie semua salah saya... Saya yang tiba-tiba menghilang tanpa perkhabaran.."
"Ya, awak hilang. Tiba2, tapi kenapa awak... "
"biarla, awak jangan kesah sangat. Yang penting awak x buat apa2 k."
"Tapi saya nak tahu juga. Ni mesti ada kaitan dengan saya sampai awak tiba2 senyap"
"hmm.. saya tak tau nak cakap macam mana"
"See.. Memang ada sesuatu.. Cakapla.. Saya tak kesah"
"Kita Kawan kan?"
"Ya Zaff, kita kawan. InsyaAllah till Jannah"
"Terima kasih awak.. hmm "
"Kalau awak susah nak bagitau,ntah laa.. saya x boleh duduk diam"
"Sebenanrnya saya taknak ganggu awak"
"ganggu apa pulak, bukan ada org marah pun."
"saya takut ada orang marah"
"Marah? sapa? Mak Bapak saya pon x marah saya nak berhubung dengan sesiapa."
"Saya tak kesah kalau mak bapak awak. Saya taknak merosakkan hubungan korg"
"Korg? Awak .. Straight to the point please.. awak kenapa nie? sapa marah? hubungan apa?!"
"Saya taknak ganggu awak dengan Razman, Saya xnak merosakkan hubungan korg. Salah saya untuk kenal dengan awak, "
"Razman?????? hmmmmm"
"kenapa?? rasa bersalah menduakan Razman?"
"Apa awak cakap ni? saya tak duakan sesiapa! awak ingat saya macam perempuan lain ker? "
"habis tuuu "
" Razman is a nightmare.. Razman is a Past.. Razman is shit... Razman damn!!!!!!!"
"What di u mean? Break-up?"
"More than that,,, He got another women..."
"ohhh... hmmm .. Sorry.."
"Yeah, saya memang perempuan mcm tu.. saya yang suka mainkan perasaan lelaki.. ya saya juga la perempuan yang menipu awak.. Tuduhlah apa awak suka.. Saya x kesah!!!! Lelaki semua sama sahaja!!"
"Awak marah? heyy sorry!!"
" sorrry pi naik lori taik sana.. I have to go .. Bye!"
"Lee, Im so sorry.. salah saya menuduh awak bukan2.. Maaf plss"
"Maaf? Hell Ya!!!!!"
"Im so sorry Lee.... Sorry so much... "

"Astagfirullah, apa aku buat nie... Aku buat dia marah.. " risau Zaff. Jiwa dia tak tenang dengan situasi sekarang. rasanya hendak sahaja dia pergi ke rumah Lee, meminta maaf dengan apa yang dia kata.
"BODOH !! BODOH!! BODOH!!" kata Lee sambil menghentak perlahan kepala kat dinding. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia katakan kepada Lee. "Arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Teriak hati Zaff, marah terhadap apa yang dia lakukan.

"Semua lelaki sama... bodoh ! bangang! " marah Lee. " Kenapa semua fikir aku jenis perempuan drypers?. Lelaki pun sama sebenarnya... !! arghh!!!" Bisik Lee pada diri sendiri.. Dia masih kaget dengan apa yang dikatakan Zaff mengenai dirinya.. Ya, Zaff menuduh dia perempuan yang menduakan pasangannya walhal Razman itu kisah silam beliau, kisah hitam hidup Lee. "Semua lelaki sama!!! hipokrit..!!!!!" tangis hati Lee.


No comments:

Post a Comment