Friday 17 August 2012

Perantau Kota ^^


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya :)

Terdetik mahu update blog ketika berada di KLIA malam ini. Ikan just nak kongsi sedikit perjalanan Ikan dari UPSI ke LCCT terus ke KLIA.. Maklumlah saya orang borneo, mesti pandai tahu selok belok jalan2 d KL ne supaya tak lah menyusahkan orang lain nnt.. :)

Flight aku sebenarnya jam 11.40 AM pada Esok paginya 18.08.2012 tapi saje dtg awal sbb takut nnt tak sempat nak gerak dari UPSI ke KLIA.. Terlepas flight Ikan, so untuk mengelakkan perkara itu berlaku , Ikan gerak Sehari awal dari UPSI ke KLIA.. :)

Ikan bersama 2 rakan Borneo Ikan, Thyto and Fifi.. Fifi nak balik Serawak pada 19 hb pulak.. Kebetulaan Fifi ada parents kat KL ne so dia temankan Ikan sampai Ikan berlepas esok pagi , C Thyto pula dia tumpang kita orang sebab dia nak bercuti raya bersama akak dia d N9(Negeri Sembilan) so kami tinggalkan dia di LCCT..

Hari jumaat plan nak jalan lewat sikit ke KL tp tiket Electric Train Service(ETS) melalui KTM sangat terhad di sebabkan banyak orang balik kampung beraya.. ETS ne istimewanya pulak dia selesa , laju dan mmg terbaek la dan berharga RM 10 dari Tanjong Malim ke KL Sentral.. Harga Terpulang dengan destinasi . Kalau nak tahu apa lagi keistemwaannya cubala.. :)

Tiket ETS yg kami booked jam 12.25 PM dan alhamdulilah tiga seat terakhir hnya untuk kami si Perantauan ini. Namun kekecewaan melanda , tiket delay dekat sejam kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan. Sabar jee la kan ramadhan lagi .. :) then setiba ETS dari Tanjong Malim ke KL Sentral kami terus menuju ke Tapak pelepasan bus KL Sentral to LCCT. Mmg sesat la sebentar jer hari tu , pening sikit maklumlah orang puasa. Tapak Pelepasan itu terletak diluar gate utama KL Sentral then ambil tangga untuk turun ke bawah.


Kami menaiki SKS BUS ke LCCT dulu nak hantar Thyto sambil hendak berbuka dengan Fifi di sana nanti. Harga Tiket RM 10 jika menggunakan SKS BUS. Ntahla kenapa bole mencecah RM 10, biasanya RM 7 sahaja, mungkin musim perayaan lain harganya kowt. Setibanya d LCCT, kami terus menuju ke FOOD COURT LCCT yang utama untuk berehat sambil ONLNE TWIITER AND FB. Ikan dan Fifi puasa , Thyto sgt kelaparan dan order KFC..  Sabar jee la Saya ngn FIFI.. Selepas berbuka Ikan dan Fifi terus bergerak ke KLIA meninggalkan Thyto. Memang sebak2 sikit.. :)

Menaiki bus ke KLIA dengan harga tiket RM 2.50 dari LCCT , mmg berbaloi la tp menurut Fifi, sebelum ini just RM 1.60 sahaja. Meybi naik sebab fakor musim perayaan kowt. Setibanya di KLIA kami di turunkan di tapak ketibaan bus LCCT to KLIA di First floor KLIA.. Fifi biasa guna perkhidmatan MAS ini , Ikan ne 1st time. Kecian kan?? Fifi jadi tourist guide saya bagaimana menggunakan perkhidmatan MAS ne. Naik ke 5th fllor untuk check in then turun balik ke 2nd floor untuk ke Food court Tmpat Ikan bernukilan ni..

Memang banyak dugaan dan cabaran Ikan tempuhi tp Ikan tak risau sbb geng2 Ikan ada. Mereka bantu Ikan untuk tahu selok belok KL ne. Alhamdulialh.. Nanti satu hari Ikan jalan seorang2 pon da boleh da.. Thx to Thyto and Fifi.. I Love You Guys.. :)

Bagi org borneo yang hidup di perantauan ni , sabar jee la.. Hidup mesti pandai berdikari dan harus pandai menggunakan peluang yang ada.. :) Malu Sesat Jalan tahuk!!!

Itu jer la Ikan nak kongsi kali ini, ini untuk pengetahuan semua orang yang baru menjinakkan diri dengan KL ini.. Banyak lagi jalan Ikan da tahu di sini.. Tp nak kongsi pon payah..Apa susah, Google d hujung jari sudah ne. :)

sekian jee laaaa... Selamat  Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin yer awak semua..















1 comment:

  1. Selamat terbang Ikan ! Pakcik doakan Ikan selamat sampai ! :)

    One day, pakcik pun nak ke Sabah jugak !

    ReplyDelete