Tuesday 10 January 2012

Merokok Sama dengan Dadah!

Remaja darsawarsa ini telah mencetuskan satu fenomena yang cukup membimbangkan ramai pihak iaitu MEROKOK. Gejala sosial ini cukup popular dan telah menjangkiti remaja kita seperti VIRUS perosak kepada generasi pewaris masa hadapan nusa dan bangsa ini.


Jika Menerut definisi di atas saya berpendapat KETAGIHAN itu menjurus kepada DADAH. Dadah menyebabkan kita ketagih dan masalah ketagih sangat sukar untuk di atasi. Melalui presepsi blogger di atas ini lagi mengenai kedewasaan dan kematangan, adakah seseorang remaja itu perlu dan harus mengambil rokok untuk menunjukkan mereka matang???! saya rasa tidak, ini hanya menunjukkan mereka adalah remaja yang lemah dalam pemikiran, kerana ramai sudah remaja kini tahu itu bahaya merokok, dan kenapa mereka masih mengambil ROKOK..!


Faktor remaja terlibat dengan kegiatan dadah satu daripadanya adalah menghisap rokok. Saya yakin dan percaya bahawa remaja ini mempunyai tahap rasa ingin cuba yang sangat tinggi sehinnga sanggup membahayakan diri sendiri. Saya percaya jika remaja ini telah berani mengambil rokok seawal 15 tahun tidak heranlah mereka berani mencuba dadah pada masa mendatang.

Banyak sumber menyatakan kegiatan merokok ini telah meningkat kadar statistiknya, daripada peningkatan yang di tunjukkan ini cukup membimbangkan ramai pihak. Justeru pihak yang berwajib harus mengambil tindakan awal. Peranan yang jelas harus di tunjukkan oleh Ibu bapa misalnya keran Ibu Bapa yang membentuk jati diri anak tersebut. Kemudian warga pendidikan dan pihak-pihak kerajaan untuk mempergiatkan lagi mengatasi masalah ini.

HARAPAN REMAJA : Remaja yang sihat daripada masalah sosial mampu memimpin negara pada masa akan datang tanpa cacat celah dan menimbulkan suasana negara yang cukup kondusif serta hidup dalam suasana yang sihat.

Terima Kasih Malaysia.

Hand Made By AivanZafran

No comments:

Post a Comment