Saturday, 5 July 2014

Episode 2 : Sukarelawan Hati

Selesai sudah kerja untuk hari ini, Zaff pulang ke biliknya seperti biasanya petang itu. Terus menerus dia periksa telefon pintar beliau, kot kot LeeLee ada chat dia. Dia bukanya jaringan data, dan beberapa notification masuk ke telefon beliau. 3 daripadanya iailah mesej dari insan yang di tunggunya, "LeeLee sent you 3 message"

Kisah semalam, ya semalam bermulanya mereka berdua bersembang maya antara satu sama lain di laman sembang hijau. LeeLee memberanikan diri untuk menambah Zaff sebagai rakannya di laman sembang itu. Beberapa hari yang lepas,terdetik hati LeeLee memerhatikan gelagat akaun bernama Zaff Zharul itu yang suka sangat memberi komen gambar beliau. Ada beberapa kali notification beliau di serang oleh Zaff dengan beberapa "LIKE' gambar dan status beliau. Itu membuatkan perasaan LeeLee membuak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zaff, dan beliau memulakan siri penyiasatan beliau terhadap Zaff Zharul. Semalaman LeeLee menghabiskan masa di hadapan telefon pintar beliau mencari tahu siapakah Zaff Zharul yang sering membuat fikiran beliau tidak keruan sejak kebalakangan ini. Beliau membuka laman sesawang biru, kemudian cuba melihat gambar-gambar di instagram dan akaun twitter Zaff Zharul. Akhirnya, satu status bergambar yang membuatkan senyuman LeeLee terukir hingga ke telinga, "You have added Zaff Zharul in your account and waiting for approval" , "Semoga dia terima aku" bisik naluri LeeLee.

Usai membersihkan diri, Zaff terus sahaja memgambil tempat di atas katil beliau. Itu adalah rutin harian beliau jika berada dalam bilik dan apalagi bila diri dalam keadaan penat begitu. Memulakan masa rehat beliau dengan membuka telefon pintar beliau. Ya, satu mesej masuk dan mereka memulakan sembang kosong yang bermakna bagi mereka berdua.

LeeLie : Helo awak.
ZAFF : Ye awak, hihi
LeeLie : Penat eh? senior katakan.
ZAFF : haha, biasa laaa.. berkhidmat untuk universiti sendiri.. Da makan belom? 
LeeLie : Da lepas da. Sedap je aku melantak nasi ayam petai. Fuhh
ZAFF : wah, untunglakan...
.......

Perbualan mereka sungguh mesra yang dapat dirasai oleh diri mereka sendiri. Satu yang tidak pasti untuk diungkapkan. Sembang mereka terhenti sebentar kerena jam menunjukkan Zaff kena bergerak ke dewan untuk menyelesaikan tugas beliau malam itu.

ZAFF : Nanti aku chat kau balik k. Kena ke dewan lagi nie.. maklumla, kanak2 kena urus sikit.. hahaha
LeeLie : yerla2.. hati k ... :*


Smiley itu membuatkan hati Zaff tersenyum riang, "Aduh!!! bukan main lagi budak nie.. " Bisik Zaff pada dirinya sendiri.Sementara itu, LeeLee yang tersipu malu dengan kelakuannya sendiri merasa sedikit cemas dan pada masa yang sama gembira bertatih di hati beliau . "alahai, tertekan pula smiley tu. hish" . Masing-masing mempunyai persepsi tersendiri dan yang pasti persepsi itu membuatkan dua insan ini bahagia dan gembira walaupon baru kenal seminggu.

Friday, 4 July 2014

Episode 1 : Sukarelawan Hati

"macam cute saja org like status aku nie" Zaff cuba mencerna apa yang beliau nampak hadapan beliau sekarang ini. "Macam kenal jak budak nie, alahai... Cute nye pula.. K Stalk!!!!!!" . Satu persatu gambar budak tu dia like seperti gayanya seperti penyiasat sendirian.

Tengah hari, cuaca yang amat perit. Komitmen pelajar semester akhir yang terlibat dalam orentasi pelajar ambilan baru ada satu yang amat janggal dan merasa cukup tua bagi Zaff. Zaff pelajar semester akhir UiTM Sri Iskandar, pelajar yang giat dalam aktiviti universiti dan cukup di kenali sebagai yang comel dan montel di universitinya. Badan di lemparkan ke katil, mujur kukuh katil tersebut menampung berat badan Zaff. Henpon pintar mula di buka, deringan satu persatu masuk membuat naluri Zaff dicabar keterujaan. "Aik, budak tu kasi like-like pula gambar insta aku. Spammers!!! hahaha ", lagu Andainya kau milikku kedengaran di mainkan oleh kejiranan sebelah, lantas Zaff berharap jauh di sudut hati.

"LeeLee sent a friend request to you, tap for approve"
Notification sosial hijau berbunyi di telefon canggih Zaff. Tatkala sibuk menjalankan tugas dalam masa yang sama beliau sempat untuk melihat deringan telefon beliau. "Zaff, datang sini jap. Tolong angkut meja letak tepi sana eh" Arahan pengarah program, maklumlah Zaff tu memegang portfolio sebagai Teknikal dalam program orentasi pelajar kali ini. Permintaan rakan itu beliau abaikan dan kembali menjalankan tugas beliau.

Waktu senja kunjung tiba untuk hari nie, semua para ahli jawatan pelaksana program sudah boleh pulang ke rumah masing masing untuk mempersiapkan diri dan berehat untuk datang kembali ke dewan untuk program malam nanti. Sejurus sampai ke bilik, Zaff membalingkan diri ke katil. Empuknya tidak terkata , kipas angin membelai diri Zaff ketika itu seperti merasa boleh terbang keawangan, Mata sudah layu menandakan ingin di tutup dan berehat sepuasnya. Deringan telefon kawan sebilik beliau membuatkan Zaff membulatkan mata kembali, Ya ada satu urusan lagi yang Zaff perlu selesaikan. Telefon Samsung Note 3 d capai, dibukanya laman sembang hijau dan terus membuka "friend request". Nama tertera dan itu cukup mengukir senyuman nyaman dari bibir Zaff. "Main add2 pulak si comel nie" ... sentuhnya skrin dan "APPROVED, You May Start The Conversation"







Tuesday, 1 July 2014

Episode : Kembali

Telefon di sudut bilik berbunyi lagu Timber nyanyian penyanyi dari barat, Aivan bergegas berlari mencapai genggang, 
"Hello, Assalamualaikum" , jawab beliau.
"Walaikumsalam, Iwan, apa khabar??? " , 
" Oh, mum... Alhadulilah baik ja mum, mum sama dad apa khabar? ok juga? " , 
" baik juga, jgn la ko risau, na ada duit juga lagi? ka di kirimkan lagi kau? " , 
" Ishh, tak payah.. ada lagi nie.. " jawab humble Aivan kepada Mak beliau... 
Perbualan seorang anak dan ibu yang lagaknya seperti sudah lama tidak bertemu yang realitinya baru sebulan berpisah selepas cuti semester tempoh hari.

Aivan kini berkampong di Kepong Kuala Lumpur kerana beliau menjalani praktikum di FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ) selama 2 bulan. Beliau bersama 3 teman seperjuangan universiti beliau dan roomate beliau di rumah sewaan meraka di Taman Daya. Faiz , Amat , Donny dan Aivan antara pelajar lelaki Universiti yang berjaya berpraktikum di FRIM ini. Mereka tinggal dalam bilik sewaan mereka yang cukup cukup memuatkan mereka berempat. 

Kini bulan penuh barakah kunjung tiba, Alhamdulilah di beri kesempatan dan ini merupakan satu lagi cabaran mereka untuk atasi sebelum mereka tamat pengajian ini dalam tempoh sebulan lagi. Hari isnin, hari mulanya seorang hamba akedemik memulakan minggu ke 4 praktikum mereka dengan kedaan yang berpuasa. 
"Woi korang, bangun laaa.!!!! 10 minit lagi imsak datang nie" kejut Aivan lantangnya. 
"FAIZ, AMAT, DONNY...!! Kamurang x nak makan ker?, Aku makan burger dulu la"
 Jelas Aivan tanpa hiraukan teman sebilik beliau. Aivan merakus makanan dan menghadam Burger Daging yang beliau bungkus malam tadi dengan begitu pantas dek kerana takut melanggar Imsak. Tiba-tiba, Amat meracau secara ganas ........

Bersambung : 

Wednesday, 2 October 2013

"SAYANG , SAYA MINTA MAAF"

Assamualaikum dan Salam Sejahtera... *formal giler nak mampos!

Lama x jenguk blog sendiri , Lama x update.. yerlaaa bz sgt laa.. Idea nak masuk pon xde..

Skrg baru nak post sebab yerla , aku dalam delima diri sendiri tanpa ada org pun tahu.. Aku nak bgtau nie.. Perangai bangsat aku...

Once Upon A Time.....

Awal pertengahan june , yaaa.. aku berkenalan ngn CapI ( Capital I ).. Dia da lama aku kenal sebelum kenal dia dgn lebih rapat dan menjunjung kasih bersama dia. Berkenalan di lama chat sebuah blog dan bermula sesi chat2 kami berdua. First2, aku taknak layan sgt sbb yerla .. dia hot , aku ne .. apa laa ada.. perut boroi , muka hodoh dan lalalala...

Semakin hari semakin rapat , dia memulakan langkah terlebih dahulu.. dia berkata jujur tentang perasaan dia dgn aku.. Tym tu hati mulut jiwa kelu dan beku , tak tahu nak gambarkn mcm mana. "Ada jugak org minat aku rupanya" kataku. tapi jiwa aku masih normal, aku cuba bernafas dgn tenang , bercakap jujur dgnnya.. "Aku x boleh terima kau lagi , aku perlukan masa. " ceyhhh Bajet Giler Gelemer aku ne... Puiii!!! "takpa , saya tunggu awak , saya tunggu awak bagi kata putus" , "tp tu da cukup menyusahkan awak , saya bukan sapa2 pun" , "tapi awak .... " .. Malas aku nak panjangkan cerita kami.

Kemudian , aku balik semula ke pengajian ku , dan kami sentiasa kolling2 dan msg2 jugak la..Hati aku da mula menerima dia dan " I LAMAR DIA melalui DM TWITTER" ... tak sweet kan? hekhekhekhek ... kami teruskan laaa , CapI bahagia , begitu jugak aku . tp hubungan kami tak lama , aku terlalu sibuk dgn diri aku sampai aku lupa akan hal dia dan aku. aishhh!!! selalu abaikan dia ... Salah aku...

Masalah tu aku abaikan , sehingga hubungan aku dan dia bukn macam dulu lagi . no more kol no more blablabla... "Saya nak awak lepaskan saya" , satu sms menerjah hp aku.. Aku kelu, dan aku biarkan seketika.. "Saya sayang awak , awak insan yang betul2 bagi saya rasa sayang itu apa. akibat kelemahan diri aku , aku tak sanggup untuk teruskan sama macam kau.. tp kau lebih dahulu berkata. hmmmm ... Aku lepaskan kau , bukan aku tak sayang kau , bukan aku tak cinta kau , bukan aku benci kau dan bukan salah kau , tp nie salah aku. Aku lepaskan sebab aku sayang kau , aku taknak lagi kau menderita bersama aku , menangis setiap masa .. kau ada org lagi utk bahagiakan kau , bukan aku .. yaa lebih baik saya lepaskan daripada awak terseksa dgn saya .. harap awak paham dan saya minta maaf" , balasku . Itu msg terakhir ku padanya..

Usai hubungan kami , dan skrg nampak nya dia da jumpa kekasih . Dia nampak bahagia , dan aku cukup gembira akan hal itu . tp ada satu detik , hati terasa panas dan menyesal.. "Arghh , biar dia bahagia , jgn kau bagi derita lagi" bisikku dlm diri. Dan sehingga sekarang msg akhir yang aku balas padanya , dia tidak reply lagi. itu menggusarkan hati, dia marah , dia benci, mungkin....  kenala dgn aku , padan dengan muka aku,.. sakitkan hati insan yang lain... hmmm

Skrg , aku sunyi tanpa sapa2 lagi.... dan aku mahu teruskan.. sbb aku tak mmpu lagi mmbahagiakan org...

"UNTUK AWAK , SAYA BETUL2 MINTA MAAF KAT AWAK.... HARAP AWAK PAHAM"

Nota Sisipan :
# jgn pernah bercinta andai tak mampu ...
# jgn pernah bersayang andai menyiksa...
# kerana sayang , aku lepaskan.. agar apa?? derita yg ku beri..
# beriku kasih ....

Thursday, 28 March 2013

INSOMNIA dan ULAT BUKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. kehkeh ...

Genap seminggu aku di kampung halaman yg ku muahhxxx nie.. ada lagi 2 bulan 1 minggu aku disini.. Panjang sungguh cuti pelajar diploma eh , patutla study-nya sampai tiga tahun.. tua mau graduate degree.. kehkeh... I LOVE MALAYSIA...

IMSOMNIA tuh apa???? well tanya ABANG GOOGLE korg yg korg cintai dan sayangi tuh key.. malas nak berpanjang lebar kat sini...yg penting korg kena tau INSOMNIA tuh penyakit sukar utk tidur... dan aku alami sekrang dan harus aku cegah.. PARAH kena tengking pagi2 ohhh oleh parent..

ULAT BUKU tuh peribahasa ohh .. sapa tidak tahu maksud , sila minta ajar ngn adik2 atau anak2 kalian.. Dorg lagi terer ohh ...kalau x pom , pi masuk tadika.. lol...

Kaitan antara dua nie apa???? motipss sgt aku nak entry benda nie mlm2 kan.. da idea aku nak buat.. layan johhh...

Genap seminggu jugak laa aku duduk boring di rumah.. asyik makan tidur makan tidur .. badan makin bola , otak makin siput, ohmai... apa nak jadi.. bila malam pula mcm burung hantu..

Nasib baik laaa aku CHECK-IN kerja kat tempat kakak utk menjadi salah satu staff restoran Sri Melaka .. kau ada??? Melaka berada Di Semporna???! x yah nak beli tiket pegi penisular.. kahkah .. Namun Kerja2 pom aku tetap insomnia.. penat mcm mana pom aku akan tidur lepas azan subuh!!! kalau x layan buku aku layan movie x seberapa kat lappy...

Aku start kerja dalam pukul 3 petang.. bangun pagi pukul 12.00 pm.. bhaaaa.... Insomnia kan.. harus charge!! dalam menanti utk ke kerja , aku duduk rumah layan buku2 yg aku beli kat UPSI menggunakan BB1M.. buku2 kegemaran dan kegilaan aku dan di keluarkan oleh LEJEN.. Sila ke site LEJEN PRESS utk lebih lanjut hokkay...

Dalam seminggu aku da habiskan 4 buah buku , aku habiskan pada waktu tgh malam!! wahhh.. ULAT BUKU kan aku???? Aku da khatam buku Kitab Sang Cupid iaitu kisah2 cinta manusia d dunia ini , mengajar erti cinta , pengorbanan cinta , dan blablabla semua pasal cinta.. Kemudian aku tamatkan Buku Hero , Kisah2 buku ini di himpunkan dan mengisahkan hero2 yang ada di sekeliling kita dan siapa hero sebenarnya di dunia ni.. dan novel terakhir aku , novel yg aku d nobatkan sebagai org gila oleh org rumah aku sbb gelak2 sendiri membaca novel. Dari Tanjong Malim ke KLCC,,,, cerita yg sempoi ohhh... Tahniah kepada penulis.. aummmm!! ...

Da sudah aku da mula merepek .. korg yg baca paham2kan laa key... Shortword aku pom kompom korg paham sbb korg kan Kaki Chatters and Twitting...  eh??!

Any Typos , cacian , carutan dan karutan.. Sila Halalkan...

Selamat Malam dan Sayonara.. kahkahkah

NOTA TERBANG :
1. ) Aku insomnia ke atau x?? Org insomnia langsung x leh tidur laa.. tp aku okey jer tidur lepas subuh.. cukup 8 jam jugak.. atau pom aku PROPA???
2. ) ULAT BUKU?? Baca novel 3 buku jer da boleh jadi ulat buku.. Pepandai sgt aku kan nak kamuskan ulat buku tuh.. kahkah
3. ) Kerja nak cari duit dan ikhlas nak tolong kakak yg kekurangan staff .. Duit tuh aku nak shopping kat KL nnt naik sem... 

Sunday, 24 March 2013

Kawan Oh Kawan

Assalamualaikum dan Selamat Siang bapak2 ibuk2...

Kawan.. Semua perlukan kawan.. katanya la.... kalau cinta kekasih korg datang kawan juga korg lupakan.. so di situ persoalannya ..Kawan or Cinta??? kahkah...

Kawan bagi saya is nothing.. like nothing.. ceyhhh... Kawan bagi aku ada lah segalanya... pulak.. Abaikan yg pertama tuh..

Kawan nadi hidup ini , di mana semua gelak tawa bersama , gadoh2 pom bersama , nangis2 pom bersama.. mcm lagu Black Teman Pengganti pulak nieh wei.. Bila bersama kawan2 semua masalah aku abaikan , siyesly.. Masalah sebesar ombak tsunami pom boleyh d lupakan begitu sahaja..

Kawan bleyh bawa sampai bila2.. Kawan tidak perlu cinta.. tapi memerlukan keikhlasan dan kejujuran.. Sama seperti kekasih.. Tanpa semua ini , No kawan No Life.. gituuuuu kau.. kahkah

Skrg aku d Semporna , Aku pemalu agaknya nak Kontek kawan2 aku or aku ni sombong... yaker aku sombong????? nope ahh!!!! aku pemalu.. malu nak msg dorg.. nnt2 dorg pikir aku menyusahkan dorg dan lebih2 pulak nak ajak dorg keluar.. aku xnak la mcm tuh... Kawan2 kat Semporna.. Semua aku sayang.. tp sayang dorg kat aku mcm tiada.. mcm tiada seperti dahulu.. ceyhh!!!!! walauapapom.. saya sayang kalian okey.. saya x msg takut ganggu korg la.. ada yg saya kol tidak pandai angkat kol.. so saya anggap itu RUDE!!! bhaaa bahagiala... SAYA SAYANG KALIAN...

malas nak berbahasa cantik kali ini ... setakat ini sahaja la... Semua penggunaan bahasa ada hasil karya sendiri , kelemahan dan kekuatan adalah diri saya sendiri.. Sila komen jer kalau x puas hati.. anda ada hak tp ingat post ini Karya saya...

Follow my twitter @AivanZafran
Follow my insta @aivanzafran

Friday, 22 March 2013

Tibanya Aku di Syurga

Assalamualaikum dan Selamat pagi..  Walawehhh ohh..

Kini aku update blog hanya d telefon sahaja..  any typos sah dan halalkan sahaja okey..  aummm

Tiba d negeri kelahiran asalku, perasaan  mmg x bole nak cakap apala..  Susah nak  gambarka!n ohh...  lepaking bersama org yg paling kita sayang, mak dan ayah and family..

Semporna masih tetap sama, tiada apa yang berubah.. Tp kali ini ada yang berbeza,  kejad
ian yang besar tahun ini.. Kes pencerobohan maeyarakat filipina ke Sabah. Bermula dengan pencerobohandi Lahad datu kini menular ke Semporna.. Dan perlu tahu juga 5 kematian polis dalam serangan tembak menembak di Kg Simunul Semporna, kampungku.. itu memberi impak besar kepada tahap sosial masyarakat tempatan berubah. Tika malam mmg tidak ramai yg jejalan, tiada kereta yg menyebabkan kesesakan san tiada lagi seperti dulu..

Kiranya aku bersyukur la masa aku balik rileks sikit la warga semporna, tiada lagi kejadian pencerobohan tapi warga masih berhati. Takut ada lgi tali barit Sultan s-ulu tuh..

Alhamdulilah.. Semua terkawal.. Dan semporna tempat aku membesar dan memulakan kehidupan masih terpelihata.. Evolusi kaum manusia Liar harus terus terjadi darsawarsa ini.. Tak leh nak cakap apala..

Tiada apa la. Tak selesa membuat penulisab di headphone. Geram juga ohh.. Asyik typos then page view sedyhhh!!!!  da sudah.. Sebelum post aku d padam. Baik hentikan.. Ada masa saya update hokayyy..

Bubye..
"Sempornaku Kampungku Rumahku Syurga ku"

Follow my twitter @AivanZafran