Thursday, 17 July 2014

Episode 5 : Sukarelawan Hati

"Assalamualaikum awak, kenapa awak senyap jer nie.. kalau saya ada salah saya minta maaf awak.."

Lee sekali lagi menhantar mesej kepada Zaff. Hari ni masuk hari ketiga Lee tidak mendapat balasan mesej di laman chat WeChat yang kini menjadi trending di seluruh dunia. Lee baru sahaja pulang dari sekolahnya. Sesi pembelajaran sudah di mula. Kehidupan sebagai pelajar sepenuh masa suda kunjung tiba. Lee tidak mahu perkara berulang semasa peperiksaan SPM yang menjadi mimpi ngeri beliau. Dia mendapat keputusan kurang memuaskan hati sehinggakan beliau tidak layak untuk menyambung pelajarannya ke matrikulasi atau level A atau sama maksud dengannya. Para guru dan rakan yang bermulut busuk mulalah berkata, kejatuhan Lee dalam SPM disebabkan terlalu sibuk dalam percintaan, yala. Semasa itu, kehangatan cinta Razman terhadapnya masih mekar dan kemekaran itu rupanya mimpi ngeri buat Lee. Lee menarik nafas sedalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan. Satu notification mengejutkan Lee dari fikirannya.

Zaff hanya memalaskan diri di atas katil, bergolek sana bergolek sini. Memang itu hobi Zaff masa itu sebelum seminggu lagi kuliah beliau bermula. Dia bangun dengan tulang yang berat, mengambil laptop acer buruk beliau dan mula melayari internet. Hari ni cukup bosan buat Zaff sehinggakan seperti tiada daya untuknya bergerak mahupun keluar. Waktu untuk makan tengah hari sudah pun berlalu. Zaff membiarkan perutnya bulat itu kelaparan seketika. Sedang teliti dalam melayari internet, satu notification masuk memanggil untuk di buka. Zaff mencapai telefon pintar beliau. Satu mesej dari insan yang mula dia rindui. Sudah tiga hari dia tidak berhubung dengan perempuan tersebut. Jujur Zaff katakan, dia rindu dengan Lee walaupun mereka hanya berhubung secara maya. Zaff menarik nafas sedalamnya dan menghembus...

"Walaikumsalam awak. Awak xda salah lah.. Nie semua salah saya... Saya yang tiba-tiba menghilang tanpa perkhabaran.."
"Ya, awak hilang. Tiba2, tapi kenapa awak... "
"biarla, awak jangan kesah sangat. Yang penting awak x buat apa2 k."
"Tapi saya nak tahu juga. Ni mesti ada kaitan dengan saya sampai awak tiba2 senyap"
"hmm.. saya tak tau nak cakap macam mana"
"See.. Memang ada sesuatu.. Cakapla.. Saya tak kesah"
"Kita Kawan kan?"
"Ya Zaff, kita kawan. InsyaAllah till Jannah"
"Terima kasih awak.. hmm "
"Kalau awak susah nak bagitau,ntah laa.. saya x boleh duduk diam"
"Sebenanrnya saya taknak ganggu awak"
"ganggu apa pulak, bukan ada org marah pun."
"saya takut ada orang marah"
"Marah? sapa? Mak Bapak saya pon x marah saya nak berhubung dengan sesiapa."
"Saya tak kesah kalau mak bapak awak. Saya taknak merosakkan hubungan korg"
"Korg? Awak .. Straight to the point please.. awak kenapa nie? sapa marah? hubungan apa?!"
"Saya taknak ganggu awak dengan Razman, Saya xnak merosakkan hubungan korg. Salah saya untuk kenal dengan awak, "
"Razman?????? hmmmmm"
"kenapa?? rasa bersalah menduakan Razman?"
"Apa awak cakap ni? saya tak duakan sesiapa! awak ingat saya macam perempuan lain ker? "
"habis tuuu "
" Razman is a nightmare.. Razman is a Past.. Razman is shit... Razman damn!!!!!!!"
"What di u mean? Break-up?"
"More than that,,, He got another women..."
"ohhh... hmmm .. Sorry.."
"Yeah, saya memang perempuan mcm tu.. saya yang suka mainkan perasaan lelaki.. ya saya juga la perempuan yang menipu awak.. Tuduhlah apa awak suka.. Saya x kesah!!!! Lelaki semua sama sahaja!!"
"Awak marah? heyy sorry!!"
" sorrry pi naik lori taik sana.. I have to go .. Bye!"
"Lee, Im so sorry.. salah saya menuduh awak bukan2.. Maaf plss"
"Maaf? Hell Ya!!!!!"
"Im so sorry Lee.... Sorry so much... "

"Astagfirullah, apa aku buat nie... Aku buat dia marah.. " risau Zaff. Jiwa dia tak tenang dengan situasi sekarang. rasanya hendak sahaja dia pergi ke rumah Lee, meminta maaf dengan apa yang dia kata.
"BODOH !! BODOH!! BODOH!!" kata Lee sambil menghentak perlahan kepala kat dinding. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia katakan kepada Lee. "Arghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Teriak hati Zaff, marah terhadap apa yang dia lakukan.

"Semua lelaki sama... bodoh ! bangang! " marah Lee. " Kenapa semua fikir aku jenis perempuan drypers?. Lelaki pun sama sebenarnya... !! arghh!!!" Bisik Lee pada diri sendiri.. Dia masih kaget dengan apa yang dikatakan Zaff mengenai dirinya.. Ya, Zaff menuduh dia perempuan yang menduakan pasangannya walhal Razman itu kisah silam beliau, kisah hitam hidup Lee. "Semua lelaki sama!!! hipokrit..!!!!!" tangis hati Lee.


Friday, 11 July 2014

Episode 4 : Sukarelawan Hati

Malam itu sunyi, sungguh sunyi. Zaff membawa diri keluar dari bilik beliau. Dia memerlukan suasana yang nyaman ketika itu, perkara yang semalam dia ketahui sangat menganggu fikiran dan perasaan beliau. Tidak dapat dia terima bahawa Lee sudah di miliki oleh orang lain. Perasan Zaff seperti kaca yang di hempas dengan batu. Zaff mengambil tempat di tengah2 gelanggang bola tampar, berdekatan dengam blok bangunan bilik beliau. Tengah malam itu, pelbagai anggapan mengenai Lee bermain di otak Zaff.
"Adakah Lee seperti perempuan yang lain, mencari seseorang untuk menemani dirinya ketika bosan.. Adakah Lee perempuan yang hanya memainkan perasaan lelaki seperti aku.. Arghh!! Sudah ahh.. Aku dan Lee bukan ada apa2 pon, baru je kenal sebulan.. Dan juga, lelaki seperti aku, yang gemuk dan tidak ada rupa ini.. Jangan harap dia nak aku" kata Zaff pada diri sendirinya. Zaff menarik nafas sedalamnya dan perlahan lahan menghembusnya..

Malam itu juga, Lee menghadap iPhone beliau. Menanti balasan mesej dari Zaff. Dari siang dia menghantar mesej kepada Zaff tp tiada balasan pun. "Mungkin dia sibuk kot" bisik Lee. Lee baringkan diri di atas katil, memeluk teddy beliau, cuba menenangkan diri dan berfikiran positif. Terkenang juga insan yang pernah dia sayangi dahulu. Ya Razman, lelaki yang pertama memenangi hati beliau dan lelaki pertama merobek perasaan Lee. Kisah percintaan mereka yang majoriti di ketahui oleh pelajar pelajar lain disekolahnya, maklumla. Razman yang terkenal dengan perwatakan yang hensem dan berjaya menambat hati ramai gadis di sekolah, begitu juga dengan Lee. Mereka dikatakan "hot couple" di sekolah mereka. Tapi itu kisah lama, kisah yang menjadi mimpi ngeri bagi perempuan seperti Lee. Lamunan Lee terhenti, pintu bilik di ketuk dan kedengaran Mak beliau memanggilnya. Pintu di buka perlahan.

" Adilee, ada panggilan telefon kat bawa tu"
" sapa mama? Apasal x msg or kol kt hp Lee"
" mana mama tau, dia cakap nak tanya pasal study"
Pelik pula, study pun tidak lagi. Baru mukadimah kot.. Bisik Lee sendiri.
"yala mama"

Lari Lee ke genggang telefon rumahnya.
"assalamualaikum, sapa ne?" tanya Lee melulu
"walaikumsalam Adilee" jawab lelaki tersebut
Lee mengamati suara itu, seakan beliau tahu sapa menelefon beliau malam malam mcm nie. Ya memang lahanat tu, kata Lee dalam diri.
"Razman, kau nak apa lagi?"

Sunday, 6 July 2014

Episode 3 : Sukarelawan Hati

"Saya nak sorang2 kenalkan diri anda dengan cikgu" arah Cikgu Seha kepada penghuni kelas pra-u Mawar hari itu. Seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada Cikgu Seha, guru kelas Pras-U Mawar tahun ini. Akhirnya, tiba giliran murid yang comel dengan personaliti beliau memulakan perkenalan diri di hadapan kelas. " Nama Saya Nurul Adilee binti Sulaiman, boleh panggil saya Lee atau LeeLee " . Seluruh kelas menumpukan sepenuh perhatian kepada sesi kenalan diri oleh pelajar yang comel dan simple itu. Adilee di kenali di sekolahnya sebagai seorang yang baik , peramah dan suka membantu kawan. Beliau juga seorang yang giat aktif dalam aktiviti sekolah mahupun aktiviti diluar sekolah. Pelajar pintar itu menjadi tarikan hero hero di sekolahnya sehinggakan beliau di katakan perempuan bajet kerana tidak melayan karenah karenah budak-budak lelaki di sekolahnya. "KRINGGGGGG..!!!!!" , "Baikla, sampai sini sahaja kelas kita hari nie, mulai esok kita akan start belajar sejarah dunia. So malam nie semua baca bab 1 . Esok saya akan Q&A mengenai bab ni.Kelas bersurai"

Hari pertama perekolahan sudah usai untuk hari ini setelah sebulan duduk di rumah selepas Lee menjalani latihan PLKN. Lee mengemas barang-barang persekolahan untuk di sumbat masuk kedalam beg beliau. Lee berseorangan di dalam kelas ketika itu, dan datanglah seorang budak lelaki jalan mendekati Lee. "Assalamualaikum awak" sapa beliau. "Walaikumsalam, ya ada apa?" Jawab Lee endah tak endah. "Maafkan saya awak", Perlahan tangan Lee di pegang halus oleh lelaki itu. Pantas di tarik balik oleh Lee "Hey! kau da kenapa nie.. apa pegang2 tangan orang ni, tak malu ker? BTW, saya da tak kenal awak sapa, dan tolong jauhikan diri dari saya. Lelaki jahanam!" bentak Lee kepada lelaki berbadan lampai itu."Saya ikhlas awak, tolong maafkan saya. Saya masih sayangkan awak" rayu lelaki tersebut. "FYI saudara Razman, I have replacement, so get out from my life shit..!!!!!" marah Lee dan terus meninggalkan lelaki itu sendiri meratap diri beliau di situ.

Lee menuggu untuk di jemput oleh ayah beliau di hadapan pintu pagar sekolah beliau. Dalam keadaan yang masih membara yang sangat kepada lelaki yang bernama Razman itu, Lee cuba untuk menenangkan diri di hadapan rakan-rakan beliau yang lain. Hampir sahaja Lee mengeluarkan air mata beliau mengenangkan kisah cinta antara dia dan Razman 2 tahun lepas yang menyakitkan hati itu. Bunyi hon kereta BMW itu menghentikan imbauan Lee mengenai kisah itu, beliau menaiki kereta tersebut dan menuju pulang ke rumah.

"Mana LeeLee nie, tak mesej dari pagi lagi ni. sekarang da jam 1 petang. Takkan tak balik sekolah lagi kot.. Sibuk kot " Bisik Zaff pada diri beliau sendiri. Hari nie Zaff memalaskan diri beliau di dalam bilik, tidak turun ke dewan untuk jalankan tugas beliau. Bangun pun bila matahari terpacak di kepala. Beliau scroll telefon pintar beliau, membuka semua aplikasi yang dia ada dalam telefon beliau.Zaff membuka aplikasi mudah Mark Zuckerberg dan mencari profil bernama LeeLee Sulaiman di senarai rakan beliau. Siri penyiasatan kedua Zaff terhadap LeeLee di teruskan. Hampir 30 minit tersenyum dalam membuka profil Lee, tiba-tiba ada satu gambar yang merosakkan mood beliau masa itu.

"Till Jannah and will be forever - with Razman Mustapha "



Saturday, 5 July 2014

Episode 2 : Sukarelawan Hati

Selesai sudah kerja untuk hari ini, Zaff pulang ke biliknya seperti biasanya petang itu. Terus menerus dia periksa telefon pintar beliau, kot kot LeeLee ada chat dia. Dia bukanya jaringan data, dan beberapa notification masuk ke telefon beliau. 3 daripadanya iailah mesej dari insan yang di tunggunya, "LeeLee sent you 3 message"

Kisah semalam, ya semalam bermulanya mereka berdua bersembang maya antara satu sama lain di laman sembang hijau. LeeLee memberanikan diri untuk menambah Zaff sebagai rakannya di laman sembang itu. Beberapa hari yang lepas,terdetik hati LeeLee memerhatikan gelagat akaun bernama Zaff Zharul itu yang suka sangat memberi komen gambar beliau. Ada beberapa kali notification beliau di serang oleh Zaff dengan beberapa "LIKE' gambar dan status beliau. Itu membuatkan perasaan LeeLee membuak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zaff, dan beliau memulakan siri penyiasatan beliau terhadap Zaff Zharul. Semalaman LeeLee menghabiskan masa di hadapan telefon pintar beliau mencari tahu siapakah Zaff Zharul yang sering membuat fikiran beliau tidak keruan sejak kebalakangan ini. Beliau membuka laman sesawang biru, kemudian cuba melihat gambar-gambar di instagram dan akaun twitter Zaff Zharul. Akhirnya, satu status bergambar yang membuatkan senyuman LeeLee terukir hingga ke telinga, "You have added Zaff Zharul in your account and waiting for approval" , "Semoga dia terima aku" bisik naluri LeeLee.

Usai membersihkan diri, Zaff terus sahaja memgambil tempat di atas katil beliau. Itu adalah rutin harian beliau jika berada dalam bilik dan apalagi bila diri dalam keadaan penat begitu. Memulakan masa rehat beliau dengan membuka telefon pintar beliau. Ya, satu mesej masuk dan mereka memulakan sembang kosong yang bermakna bagi mereka berdua.

LeeLie : Helo awak.
ZAFF : Ye awak, hihi
LeeLie : Penat eh? senior katakan.
ZAFF : haha, biasa laaa.. berkhidmat untuk universiti sendiri.. Da makan belom? 
LeeLie : Da lepas da. Sedap je aku melantak nasi ayam petai. Fuhh
ZAFF : wah, untunglakan...
.......

Perbualan mereka sungguh mesra yang dapat dirasai oleh diri mereka sendiri. Satu yang tidak pasti untuk diungkapkan. Sembang mereka terhenti sebentar kerena jam menunjukkan Zaff kena bergerak ke dewan untuk menyelesaikan tugas beliau malam itu.

ZAFF : Nanti aku chat kau balik k. Kena ke dewan lagi nie.. maklumla, kanak2 kena urus sikit.. hahaha
LeeLie : yerla2.. hati k ... :*


Smiley itu membuatkan hati Zaff tersenyum riang, "Aduh!!! bukan main lagi budak nie.. " Bisik Zaff pada dirinya sendiri.Sementara itu, LeeLee yang tersipu malu dengan kelakuannya sendiri merasa sedikit cemas dan pada masa yang sama gembira bertatih di hati beliau . "alahai, tertekan pula smiley tu. hish" . Masing-masing mempunyai persepsi tersendiri dan yang pasti persepsi itu membuatkan dua insan ini bahagia dan gembira walaupon baru kenal seminggu.

Friday, 4 July 2014

Episode 1 : Sukarelawan Hati

"macam cute saja org like status aku nie" Zaff cuba mencerna apa yang beliau nampak hadapan beliau sekarang ini. "Macam kenal jak budak nie, alahai... Cute nye pula.. K Stalk!!!!!!" . Satu persatu gambar budak tu dia like seperti gayanya seperti penyiasat sendirian.

Tengah hari, cuaca yang amat perit. Komitmen pelajar semester akhir yang terlibat dalam orentasi pelajar ambilan baru ada satu yang amat janggal dan merasa cukup tua bagi Zaff. Zaff pelajar semester akhir UiTM Sri Iskandar, pelajar yang giat dalam aktiviti universiti dan cukup di kenali sebagai yang comel dan montel di universitinya. Badan di lemparkan ke katil, mujur kukuh katil tersebut menampung berat badan Zaff. Henpon pintar mula di buka, deringan satu persatu masuk membuat naluri Zaff dicabar keterujaan. "Aik, budak tu kasi like-like pula gambar insta aku. Spammers!!! hahaha ", lagu Andainya kau milikku kedengaran di mainkan oleh kejiranan sebelah, lantas Zaff berharap jauh di sudut hati.

"LeeLee sent a friend request to you, tap for approve"
Notification sosial hijau berbunyi di telefon canggih Zaff. Tatkala sibuk menjalankan tugas dalam masa yang sama beliau sempat untuk melihat deringan telefon beliau. "Zaff, datang sini jap. Tolong angkut meja letak tepi sana eh" Arahan pengarah program, maklumlah Zaff tu memegang portfolio sebagai Teknikal dalam program orentasi pelajar kali ini. Permintaan rakan itu beliau abaikan dan kembali menjalankan tugas beliau.

Waktu senja kunjung tiba untuk hari nie, semua para ahli jawatan pelaksana program sudah boleh pulang ke rumah masing masing untuk mempersiapkan diri dan berehat untuk datang kembali ke dewan untuk program malam nanti. Sejurus sampai ke bilik, Zaff membalingkan diri ke katil. Empuknya tidak terkata , kipas angin membelai diri Zaff ketika itu seperti merasa boleh terbang keawangan, Mata sudah layu menandakan ingin di tutup dan berehat sepuasnya. Deringan telefon kawan sebilik beliau membuatkan Zaff membulatkan mata kembali, Ya ada satu urusan lagi yang Zaff perlu selesaikan. Telefon Samsung Note 3 d capai, dibukanya laman sembang hijau dan terus membuka "friend request". Nama tertera dan itu cukup mengukir senyuman nyaman dari bibir Zaff. "Main add2 pulak si comel nie" ... sentuhnya skrin dan "APPROVED, You May Start The Conversation"







Tuesday, 1 July 2014

Episode : Kembali

Telefon di sudut bilik berbunyi lagu Timber nyanyian penyanyi dari barat, Aivan bergegas berlari mencapai genggang, 
"Hello, Assalamualaikum" , jawab beliau.
"Walaikumsalam, Iwan, apa khabar??? " , 
" Oh, mum... Alhadulilah baik ja mum, mum sama dad apa khabar? ok juga? " , 
" baik juga, jgn la ko risau, na ada duit juga lagi? ka di kirimkan lagi kau? " , 
" Ishh, tak payah.. ada lagi nie.. " jawab humble Aivan kepada Mak beliau... 
Perbualan seorang anak dan ibu yang lagaknya seperti sudah lama tidak bertemu yang realitinya baru sebulan berpisah selepas cuti semester tempoh hari.

Aivan kini berkampong di Kepong Kuala Lumpur kerana beliau menjalani praktikum di FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ) selama 2 bulan. Beliau bersama 3 teman seperjuangan universiti beliau dan roomate beliau di rumah sewaan meraka di Taman Daya. Faiz , Amat , Donny dan Aivan antara pelajar lelaki Universiti yang berjaya berpraktikum di FRIM ini. Mereka tinggal dalam bilik sewaan mereka yang cukup cukup memuatkan mereka berempat. 

Kini bulan penuh barakah kunjung tiba, Alhamdulilah di beri kesempatan dan ini merupakan satu lagi cabaran mereka untuk atasi sebelum mereka tamat pengajian ini dalam tempoh sebulan lagi. Hari isnin, hari mulanya seorang hamba akedemik memulakan minggu ke 4 praktikum mereka dengan kedaan yang berpuasa. 
"Woi korang, bangun laaa.!!!! 10 minit lagi imsak datang nie" kejut Aivan lantangnya. 
"FAIZ, AMAT, DONNY...!! Kamurang x nak makan ker?, Aku makan burger dulu la"
 Jelas Aivan tanpa hiraukan teman sebilik beliau. Aivan merakus makanan dan menghadam Burger Daging yang beliau bungkus malam tadi dengan begitu pantas dek kerana takut melanggar Imsak. Tiba-tiba, Amat meracau secara ganas ........

Bersambung :