Friday, 17 August 2012

Perantau Kota ^^


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya :)

Terdetik mahu update blog ketika berada di KLIA malam ini. Ikan just nak kongsi sedikit perjalanan Ikan dari UPSI ke LCCT terus ke KLIA.. Maklumlah saya orang borneo, mesti pandai tahu selok belok jalan2 d KL ne supaya tak lah menyusahkan orang lain nnt.. :)

Flight aku sebenarnya jam 11.40 AM pada Esok paginya 18.08.2012 tapi saje dtg awal sbb takut nnt tak sempat nak gerak dari UPSI ke KLIA.. Terlepas flight Ikan, so untuk mengelakkan perkara itu berlaku , Ikan gerak Sehari awal dari UPSI ke KLIA.. :)

Ikan bersama 2 rakan Borneo Ikan, Thyto and Fifi.. Fifi nak balik Serawak pada 19 hb pulak.. Kebetulaan Fifi ada parents kat KL ne so dia temankan Ikan sampai Ikan berlepas esok pagi , C Thyto pula dia tumpang kita orang sebab dia nak bercuti raya bersama akak dia d N9(Negeri Sembilan) so kami tinggalkan dia di LCCT..

Hari jumaat plan nak jalan lewat sikit ke KL tp tiket Electric Train Service(ETS) melalui KTM sangat terhad di sebabkan banyak orang balik kampung beraya.. ETS ne istimewanya pulak dia selesa , laju dan mmg terbaek la dan berharga RM 10 dari Tanjong Malim ke KL Sentral.. Harga Terpulang dengan destinasi . Kalau nak tahu apa lagi keistemwaannya cubala.. :)

Tiket ETS yg kami booked jam 12.25 PM dan alhamdulilah tiga seat terakhir hnya untuk kami si Perantauan ini. Namun kekecewaan melanda , tiket delay dekat sejam kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan. Sabar jee la kan ramadhan lagi .. :) then setiba ETS dari Tanjong Malim ke KL Sentral kami terus menuju ke Tapak pelepasan bus KL Sentral to LCCT. Mmg sesat la sebentar jer hari tu , pening sikit maklumlah orang puasa. Tapak Pelepasan itu terletak diluar gate utama KL Sentral then ambil tangga untuk turun ke bawah.


Kami menaiki SKS BUS ke LCCT dulu nak hantar Thyto sambil hendak berbuka dengan Fifi di sana nanti. Harga Tiket RM 10 jika menggunakan SKS BUS. Ntahla kenapa bole mencecah RM 10, biasanya RM 7 sahaja, mungkin musim perayaan lain harganya kowt. Setibanya d LCCT, kami terus menuju ke FOOD COURT LCCT yang utama untuk berehat sambil ONLNE TWIITER AND FB. Ikan dan Fifi puasa , Thyto sgt kelaparan dan order KFC..  Sabar jee la Saya ngn FIFI.. Selepas berbuka Ikan dan Fifi terus bergerak ke KLIA meninggalkan Thyto. Memang sebak2 sikit.. :)

Menaiki bus ke KLIA dengan harga tiket RM 2.50 dari LCCT , mmg berbaloi la tp menurut Fifi, sebelum ini just RM 1.60 sahaja. Meybi naik sebab fakor musim perayaan kowt. Setibanya di KLIA kami di turunkan di tapak ketibaan bus LCCT to KLIA di First floor KLIA.. Fifi biasa guna perkhidmatan MAS ini , Ikan ne 1st time. Kecian kan?? Fifi jadi tourist guide saya bagaimana menggunakan perkhidmatan MAS ne. Naik ke 5th fllor untuk check in then turun balik ke 2nd floor untuk ke Food court Tmpat Ikan bernukilan ni..

Memang banyak dugaan dan cabaran Ikan tempuhi tp Ikan tak risau sbb geng2 Ikan ada. Mereka bantu Ikan untuk tahu selok belok KL ne. Alhamdulialh.. Nanti satu hari Ikan jalan seorang2 pon da boleh da.. Thx to Thyto and Fifi.. I Love You Guys.. :)

Bagi org borneo yang hidup di perantauan ni , sabar jee la.. Hidup mesti pandai berdikari dan harus pandai menggunakan peluang yang ada.. :) Malu Sesat Jalan tahuk!!!

Itu jer la Ikan nak kongsi kali ini, ini untuk pengetahuan semua orang yang baru menjinakkan diri dengan KL ini.. Banyak lagi jalan Ikan da tahu di sini.. Tp nak kongsi pon payah..Apa susah, Google d hujung jari sudah ne. :)

sekian jee laaaa... Selamat  Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin yer awak semua..















Tuesday, 7 August 2012

Kenapakah AIVAN ZAFRAN :)

Assalamualaikum dan salam midnite ... :)

Macam mana nak mula eh.. Hmmm

Saya on tweet sekitar selepas isyak dan terawih tadi. jadi ternampak kawan lama saya Amalina tweet saya dengan bertanya saya dari manakah saya mendapat nama Aivan Zafran ini.. Laaa nak relpy tweet tp jawapan bagi soalan itu sangat panjang,, :)

Bukan kawan saya sorg tu jer yang tanya tapi da banyak kawan saya tanya kenapa nama saya sedemikian sedangkan fullname saya Ridzwan Bin Bunsing, dan dari manakah datangnya Aivan Zafran..

Begini ceritanya, Semasa cuti panjang (akhir tahun) 2009 saya duduk boring jer kat rumah. laaa biasa anak mak. (KONON) padahal saya malas nak hang out ngn kawan2... Then anak kemanakan saya datang jenguk rumah dengan membawa satu novel, laaa apa lagi saya nak pinjam novel tu untuk mengatasi masalah kebosanan saya tu..

Tajuk novel tu Hanya Dikau yang mempunyai jalan cerita yang membuatkan saya selalu gelak2 sendiri dengan gelagat watak heroin novel tersebut iaitu Ira Fashua Hany iaitu wanita berumur yang tidak bertemu jodoh lagi. Walaubagaimanapon, Ira Fashua nie wanita Happy Go Lucky la walaupon dia da berumur. Ramai suka akan perwatakkan Ira Fashua nie, Muncul pulak Watak Heronya Erze Zullis Zafran yang punya watak yang sama dengan si Ira Fashua Hany ne, laaa apa lagi, timbul la scene2 lucu mereka dua ini yang punya ego yang sangat tinggi..  Kalau saya cerita dari Bab 1 hingga Bab akhir, payah kot.. xper saya nak korg baca sinopsis cerita nie la.. :)

Da saya addict ngn cerita tu mula la saya tukar nama FB saya first2 tu ngn nama heroin nie.. heheheh Jadilah FB saya Erze Zullis Zafran.. Byk juga beri comment mengenai nama saya tu namun saya tak kesah!!!

laaa Masuk F5 dulu biasala budak lelaki kan, cipta satu team soccer la konon yang di beri nama Enigma. Soccer team ne mmg la sgt di geruni sehingga peringkat sekolah2..  Captain pon beri cadangan suruh cipta satu nama setiap ahli yang bermula dengan huruf "E"... laaa terlintas nak guna nama Evan :) ntah napa.. cantik nama nie.. :) .. Selepas itu saya guna nama Evan Zullis Zafran pulak utk nama Friendster and FB.. da saya bawa nama nie hingga saya masuk PLKN...

Dalam kelas Pembinaan Karakter dalam salah satu modul PLKN mengarah kami untuk membuat satu tag name untuk memudahkan paggilan dalam kelas nanti, so saya guna la Evan tu.. hehehe then dapat kenal ngn budak chinese dari KL then dia panggil saya EEvan... laa.. xnak d sebut EEvan tu saya betulkan sebutan dengan IVAN... then dia paggil IVAN pon salah.. geram saya...untuk memudahkan bangsa malaysia nak panggil, terus tukar ke AIVAN.. senang nak sebut kot.. lalala Aivan tu sampai sekarang sehingga saya gandingkan denga Erze zullis zafran then saya singkatkan kepada AIVAN ZAFRAN.. tak sangka terhasilnya nama yang cantik dan mondern gtu..

Nama tersebut digunakan oleh saya sehingga hari ni.. its okay.. JUST CALL ME Aivan.. :)

Maafla kualiti penulisan sangat buruk pada malam ne mklumlah mata da naik bengkak nak buat ne. :) maaf atas kesilapan saya dalam penulisan ini, kalau ada benda tak paham just tinggalkan Comment jer..

Thx sudi membaca..



Sunday, 5 August 2012

Budak Baru Belajar ^^

Assalamualaikum dan salam sejahatera (macam majlis berucap pulak aku ni) lalalala... Apa khabar semua..?? Semua puasa kan?? alhamdulilah...
<apasal Intro aku ne><lalalala>

Title pun budak baru belajar, Sini Aivan saja letak title tu sbb Aivan nak tahu macam mana nak jadi blogger terbaik.. maklumlah baru menjinakkan diri dengan blog ni.

Tepat pukul 12.00 tgh hari tadi Aivan buka blog sambil dengar HotFm Streaming then tgk beberapa org da Follow my blog, Thx kepada yang follow tu.. then Aivan singgah la blog2 mereka tu, Jeles tgk blog mereka tu sbb semua cantik dan menarik. Lalalala Aivan pon tertarik nak buat blog macam tu tp macam mana?? Aivan ada terbuka Blogskins yang Aivan dapat dari beberapa org yang follow Aivan tu , dan cuba cari beberapa Template yg menarik. Mmg site ne punya template yang cantik belaka.

Mula lah Aivan cuba Copy HTML tu then submit tempat biasa la. Malangnya mmg HTML tu tidak sah.. Kuran itu la, Kurang ini la.. Naik geram juga.. nak saja pecahkan laptop ne(KONON) nasib baik ramadhan..  Kecewa habis la.. Macam mana ek?? Anyone Can Help me How to make My blog more interesting.. lalalalala *tetiba jadi mat Salle.. :)

BTW, korg2 yang baca nie , tolong Aivan nak kemaskini design blog AIvan dengan lebih menarik dan cantik.. Terima kasih semua..

Nak promote sikit.. Follow My twitter Ikan Bakar Hangus

Assalamualaikum.....

Assalamualaikum Followers and bloggerians.. Hyep lama tak update blog nie selepas semester 1.. Sebenarnya blog ne di cipta melalui paksaan oleh Pensyarah kesayangan saya (x perlu mention namala) dalam subjek ICT.. Terpaksa buat blog dalam bahasa inggeris, laaa Aku mana reti.. kerja aku Copy and Paste jelah.. hehehe Namun aku berusaha jugak nak update blog nie jika ada masa(amin...~~) kerana Blog aku ne berbeza dengan blog aku sebelum nya.. Tgk title pun da tahu *Ikan Bakar Hangus*.. Lucu ker atau menyampah korg baca ne?? heeee

Mengenai evolosi nama Blog saya ne, mulanya blog ini d cipta dengan bernama Voice and Hope "All about Youth" yang mengisarkan remaja-remaja darsawarsa ini yang mempunya pelbagai cara hidup yang berbeza mahupun cara baik dan buruk dan bagaimana remaja itu dapat mengatasinya dengan hanya bersuara dengan cara yang betul .. heee Then saya masuk Semester 2 kos sains ini terus nak update lagi blog ne dgn muka baru iaitu *ikan Bakar Hangus* . Sebenarnya tajuk blog ne nama Twitter saya(jangan lupa Follow k) , kenapa saya pilih ikan kerana saya sukan makan Ikan berbanding AYAM... maklumla Ikan air masin lagi enak dari ikan sungai or air tawar... Memang susah nak dapat Ikan aku tu d Semanjung ne.. kat Kampung aku sahaja ada.. (jgn terasa pulak warga penisular) .. Blog Ikan ne aku nak cerita jer apa aku nak cerita , takda pengkhususan yang tertentu lagi namun korg baca jeee la..

Ok itu untuk Intro jer..

Tak Terlambat kan mengucapkan Selamat Berpuasa semua.. Bulan Mubarak Bulan mulia nie, banyak la beramal k.. (muhasabah diri) .. Puasa tahun nie aku berpusa sebagai seorang perantau.. Mmg payah sikit l berpuasa sambil berkuliah d UPSI ne dengan keadaan Cafe tak buka?? HAH!! nak makan apa???.. Namun itu cabaran Allah bagi. aku tempuh dengan sabar dan senyuman di samping kawan2 aku yg bernama Donny dan Tomok... epy degan dua budak ne tapi kadang2 darah aku naik juga dgn perangai dorg ne.. :) Mula berpuasa d KL ngn akak c tomok.. Da ada cabarannya d situ.. kang aku cerita jadi satu novel pulak.. heheh Berbuka pulak, kalau larat masak la beli bahan mentah masak d Rice Cooker..(kau ade? Tak ADa?!).. then kadang2 ikut turn la dalam serumah tu setiap hari akan beli lauk utk 6 org rumah.. makan bersama.. Kan da macam Keluarga.. sahur pula kekadang nasi goreng or nasi bujang. Kemas2 rumah tu sapa yang rajin la, macam aku.. (hekhek) Tp awal Ramadhan aku banyak berbuka d luar(masjid2) kerana tak ingin menyusahkan orang.. :) tu jelah nak cakap pasal Ramadhan.. nnt sambung lagi. hehehe

Nnt aku tulis panjang2 korg taknak baca dan cakap aku melalut pulak.. ngeee... Nnt ada masa aku update C ikan ne k.. :)

Kalau anda sabar dalam cubaan Allah Nescaya Allah akan membantumu jua.. THX.. Ahamdulilah..